916 Movement

Entries tagged as ‘karpal’

916M: Making Sense: Welcome to the New World of Malaysian Political Thugs

February 28, 2009 · Leave a Comment

You know what? It is really true that these thugs did not touch anyone. Just take a look at the third picture below, the guy in purple did not touch the other guy, his palms were just 1mm above this other guys’ chest, he was just checking the heartbeat of this other guy.

Welcome to the New World of Malaysian Political Thugs.

“If  you call us celaka, we will demand an apology (but it is OK for us to call you a pendatang).”

“If you question our rights, we will mobilise street protests (and it is NOT OK if you take to the streets for we do not condone mob culture).”

“If you dare touch the Royalty, we will defend them till the last drop of our blood (well, nevermind about the fact that we had removed the royal immunity many years back).”

This is the Malaysian Democracy.

Well, this is for now the current lop-sided Malaysian Democracy.

But, not for long.

This will have to change, the time will come; let us be patient.

True Democracy is where people agree to disagree; but whilst frank, people must be sincere and diplomatic. So, yes, if you say something we do not like, let us talk it over. If we do not agree with what you say, and if you do not agree with what we say, then let us see if we can accept each other. Let us see if we can meet halfway. Let us give and take.

Let us build for the future of our next generations.

916 Movement

MalaysiaKini: Pemuda Umno: MP Pakatan punca kecoh
Muda Mohd Noor | Feb 27, 09 6:01pm

Seorang ketua Pemuda Umno bahagian mendakwa kekecohan di bangunan Parlimen berpunca daripada tindakan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerpa rombongan ketua-ketua Pemuda Umno ketika mereka sedang berbincang dengan pengerusi DAP Karpal Singh.

Lat Shahrizat Abdullah, yang turut berada di tempat kejadian mendakwa, dua ahli parlimen pembangkang tersebut telah menimbulkan provokasi sehingga menimbulkan keadaan tegang.

violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 sequenceKetua Pemuda Petaling Jaya Utara (PJU) mendakwa lagi, tindakan provokasi mereka itu, hampir mencetuskan kejadian tidak diingini.

Wakil-wakil rakyat yang dimaksudkan olehnya itu dipercayai N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

“Mereka berdua menerpa kita, kita terpa mereka tetapi tidak sempat bertumbuk kerana dileraikan.

“(Tetapi) mereka yang mengasari kita, bukan kita yang mengasari mereka,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menceritakan kejadian tersebut, Lat berkata, 12 ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor bersama 10 penyokong pergi ke bangunan Parlimen kerana ada temujanji makan tengahari dengan seorang timbalan menteri.

Bagaimanapun, ketika berjalan pulang, mereka terserempak dengan Karpal yang sedang masuk ke dalam dewan dari bangunan pentadbiran Parlimen.

Cabar ulang di luar Parlimen

“Kami menghampirinya dan bertanya ‘mengapa anda kata Pemuda Umno celaka. Kamu jangan berselindung di sebalik kekebalan bangunan Parlimen.”

“Karpal menjawab ’saya malas nak layan kamu, saya nak masuk dewan Parlimen’,” kata Lat lagi.

Sementara Ketua Pemuda Umno bahagian Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal yang turut hadir semalam berkata, rombongan Pemuda itu mencabar Karpal mengulangi perkataan “Pemuda Umno celaka” di luar dewan Parlimen.

Bagaimanapun, pemimpin kanan DAP itu enggan berbuat demikian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai punca kekecohan itu, Ungku Salleh mendakwa, ia berlaku kerana tindakan Lim yang bertindak keterlaluan.

“Kita tidak ada masalah dengan Karpal, cuma Lim yang menyebabkan ia menjadi kecoh,” katanya.

Ungku Salleh juga menjelaskan pihak polis belum mengambil sebarang keterangan daripada beliau berhubung kejadian tersebut.

http://malaysiakini.com/news/99255

MalaysiaKini: Pemuda enggan minta maaf isu Karpal
Jimadie Shah Othman | Feb 27, 09 6:44pm
Pemuda Umno tidak akan meminta maaf ekoran tindakan sekumpulan anggota pergerakan itu yang didakwa mengepung pengerusi DAP, Karpal Singh di Parlimen semalam.

hishamuddin husseinKetuanya, Datuk Hishammuddin Hussein berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menuntut pergerakan itu memohon maaf.

“Tidak timbul isu minta maaf. Provokasi ini bukan kali pertama, dengan menuduhkan kita celaka, tuduh kita terlibat (menghantar) peluru (kepada Karpal) dan isu-isu membabit Raja-raja Melayu dan kedaulatannya.

“Kalau diheret ke mahkamah pun saya sanggup lakukan untuk memperjelaskan apa yang berlaku,” katanya selepas menghadiri persidangan antarabangsa pemuda mengenai keganasan di ibunegara hari ini.

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menyampaikan titah diraja sempena persidangan tersebut petang ini.

Ditanya mengenai kejadian semalam, Hishammuddin yang juga menteri pelajaran berkata: “Saya tidak arah dan tidak tahu (kejadian semalam)… jadi tidak timbul isu minta maaf.”

Sebaliknya ditanya sama ada pihaknya akan menuntut Karpal minta maaf kerana memanggil Pemuda Umno ‘celaka’, Hisham berkata: “Kalau minta pun, kita tahu dia tidak akan lakukan.”

Ditanya sama ada kekecohan di Parlimen semalam akan menjejaskan imej Umno berkata, ia hanya membabitkan segelintir sahaja anggota Pemuda Umno.

“…tak sampai 15 hingga 20 orang, takkanlah tindakan segelintir itu akan menjejaskan imej kesemua Pemuda Umno dan Pemuda BN.”

Hishammuddin juga mendakwa tindakan Karpal memanggil ‘celaka’ kepada Pemuda Umno sebagai satu provokasi.

http://malaysiakini.com/news/99259

Categories: 916M Making Sense
Tagged: , , , ,